Tuesday 15 November 2011

Taklimat TeknikalMURoC (MURoC Technical Brief)

Jemputan Peserta Ke Sesi Taklimat Teknikal MURoC2012
Bagi menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan teknikal pertandingan, pihak sekretariat dengan berbesar hati menjemput semua bakal peserta MURoC 2012 ke sesi Taklimat Teknikal
(MURoC Technical Brief) seperti butiran berikut :

Tarikh      :      15hb Disember 2011 (Khamis)
Masa        :      10.30 pagi
Tempat    :       Anjung UniMAP Kuala Lumpur
                        Aras 13C, Menara Dato Onn
                        Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
                        Jalan Tun Ismail
                        50480 Kuala Lumpur
                        (Tel : 03-26941626)

Tayangan Video pertandingan yang lepas akan ditayangkan semasa sesi ini bagi memberikan gambaran yang jelas kepada bakal peserta.

Jemputan ini adalah ’optional’. Dan segala kos yang terlibat adalah atas tanggungan IPT masing-masing. Namun jamuan akan disediakan oleh pihak sekretariat semasa sesi taklimat.

Semasa sesi ini juga, pihak Jawatankuasa Teknikal akan turut membuat jualan komponen/peralatan berkaitan pertandingan bagi memudahkan persediaan robot masing-masing.

No comments:

Post a Comment